Peminat Bujang Senang desak tukar Kone ‘tumpul’ dengan bekas penggempur JDT


KONE disifatkan lambat bertindak di atas padang. — Agensi

RATA-RATA peminat meluahkan rasa kecewa dengan pemain import Sarawak United FC (SUFC), Francis Kone yang dikatakan tidak mempamer prestasi yang bagus bersama skuad Bujang Senang.

Perkara itu disuarakan mereka menerusi komen-komen di sebuah ciapan di akaun Facebook, SARAWAK UNITED FC NGAP SAYOT berkaitan pandangan Larrie Stevenson Helleary II tentang seorang lagi pemain import SUFC, Lee Chang Hoon.

kone 1

Katanya, pemain itu merupakan import Sarawak yang paling bagus setakat ini.

"Lee Chang Hoon import Bagus Sarawak setakat ini, berani rembat mencuba," katanya.

Kritikan terhadap Kone dimulakan oleh seorang pemilik akaun Iskandar Kandar yang mengatakan bahawa pemain itu perlu digugurkan daripada pasukan kerana dia tidak bermain seperti seorang penyerang.

"SUFC belum ada pemain penyerang yang mantap dan Kone selayaknya digugurkan kerana tidak bermain seperti seorang penyerang," ujarnya.

kone 2

Sementara itu, pemilik akaun Bisa Akek pula meninggalakan komen bahawa dia hairan mengapa SUFC boleh mengambil Kone sebagai pemain import pasukan itu.

"Kone tidak 'dipakai' oleh pasukan lain, hariran juga kenapa SUFC pilih dia.

"Tengok gaya Kone, dia berat dan lambat bergerak," komennya.

Kone 3

Selain itu, ada juga peminat yang membandingkan Kone dengan seorang lagi pemain import SUFC, Sandro Da Silva.

Pandangan itu dkongsi Pak Ten Ngap Sayot yang mengatakan bahawa prestasi Sandro lebih baik daripada Kone.

"Sandro lebih baik daripada Kone," tulisnya ringkas.

kone 4

Terdahulu, Kone melengkapkan kuota jentera import Sarawak United musim ini.

Pemain Ivory Coast itu sebelum ini bermain bersama Negeri Sembilan FC dan mendapat jolokan 'mesin gol' pasukan itu.

Pada masa sama, ada juga peminat yang mendesak supaya Kone digugurkan serta digantikan dengan bekas penggempur berbisa Johor Darul Takzim, Gonzalo Cabrera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram