Lagi insiden azan maghrib awal, kali ini di Kuala Krai


  • Tular
  • Rabu, 06 Apr 2022

INSIDEN berbuka puasa awal sebelum masuk waktu mahgrib dikatakan turut berlaku di Guchil, Kuala Krai. — Gambar hiasan

PADA hari pertama Ramadan, kecoh di media sosial selepas penyampai radio Tawau FM secara tidak sengaja melakukan kesilapan teknikal, apabila telah menyiarkan azan maghrib sebanyak dua kali iaitu sekitar pukul 6.16 petang dan 6.20 petang.

Tindakannya sekali gus menyebabkan ramai warga Tawau, Sabah secara tidak sengaja berbuka puasa lebih awal daripada waktu sebenar.

Insiden sama dikatakan turut berlaku di Guchil, Kuala Krai, Kelantan pada Selasa.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Facebook, Fadlie Lat di laman media sosial itu.

Fadlie mendakwa, kesilapan itu berlaku selepas bilal masjid dipercayai melaungkan azal lebih awal berbanding waktu masuk solat fardu Maghrib sebenar.

277539092_2007791942756840_9139545716891728141_n

TANGKAP layar status Fadlie Lat pada malam Selasa. — Facebook

"Parok tohok sajo poso sajo hari ini...sek (Jalan) Guchil 6,7,5 hok dengar azan awal tadi kena ganti poso. Hok make awal laa.

"Kena preng (prank) ko tok bilal. Sejarah molek dale hidup," tulisnya di Facebook dalam dialek Kelantan sebelum hantaran tersebut dikongsi di Facebook Info Dalam Kuala Krai - IDKK.

Seorang pengguna Facebook, Saibah Abdullah meninggal komen mendakwa azan di Kuala Krai pada Selasa kedengaran pada pukul 7.18 malam.

"Dah rasa pelik kenapa azan awal...masa jam kira-kira pukul 7.17 atau 7.18 petang. Mujur kita sabar 3 minit lagi tunggu azan di radio," kata أميرة إبراهيم

Naz Daud pula mengingatkan semua untuk lebih peka dengan waktu jam.

"Tengok dulu pukul berapa, jangan terus berbuka walaupun dengar azan," ujarnya.

Semakan Majoriti di laman web Jabatan Kemajuan Islam mendapati waktu solat Maghrib di Kuala Krai adalah pada pukul 7.20 malam.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri sebelum pernah memaklumkan bahawa tidak sah dan batal puasa individu yang menyangka telah tenggelam matahari tetapi ia belum lagi tenggelam.

Beliau yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan menerusi artikel Bayan Linnas siri ke-97 berkata, puasa itu wajib diqada semula menurut jumhur ulama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram