MASIH tercari-cari lokasi menarik untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang? Mahukan kelainan dan kenangan terindah Ramadan pada tahun ini?
Usah berfikir panjang lagi untuk memenuhi selera anda selepas sehari suntuk menahan lapar dan dahaga.
Ini masanya untuk anda menjadi sebahagian kisah Pentas Citarasa yang dibawakan Hotel Marriot Putrajaya sempena Ramadan 2022.
Bukan lagi rahsia bahawa hidangan yang sediakan oleh Chef Zulkifli atau dikenali sebagai Waklan, amat popular bagi mereka yang setia berbuka puasa di Restoran Zest Lifestyle setiap kali Ramadan.
Istimewanya tahun ini, Waklan akan ditemani Pakzam atau Cef Suhairizam bersama-sama di Pentas Citarasa untuk membawakan hidangan istimewa cef jemputan itu, "Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas".
CHEF Waklan amat popular dalam menghidangkan juadah berbuka puasa di Restoran Zest Lifestyle.
Ia merupakan selera pencuci mulut yang diibaratkan seperti melodi Gamelan yang akan menenangkan mood pengunjung ketika menikmati hidangan berbuka.
Dengan gabungan dua cef ini bersama tim, mereka akan menyediakan lebih 100 masakan tradisional Melayu, Asia Tenggara dan Barat yang terhidang di lebih 10 seksyen dalam restoran itu.
Pastinya anda akan berpinar mata untuk memilih juadah berbuka dengan kepelbagaian jenis hidangan yang disediakan Cef Waklan dan tim masakannya.
Bisikan kurma
Kisah Pentas Citarasa akan bermula dengan hidangan pelbagai jenis kurma dari segenap benua Arab yang dibawakan khas buat pengunjung. Jika anda bukan penggemar kurma, puluhan jenis kuih muih tradisional juga boleh menjadi pilihan sebagai pembuka selera anda sebaik sahaja azan Maghrib kedengaran sebagai tanda berbuka puasa.
Makanan laut berselubung ais
Boleh dikatakan, jarang ada bufet hotel yang menyediakan hidangan berasaskan makanan laut atau seafood sebagai selera pembuka puasa.
Itu antara babak kisah Pentas Citarasa yang ditampilkan Hotel Marriot Putrajaya dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan laut seperti ikan pari, ikan kembung, kepah hidup, udang, lobster air tawar dan bermacam lagi untuk pengunjung.
Lebih mengujakan lagi, Pentas Citarasa menyediakan bermacam jenis 'cicah' yang dihasilkan mengikut negeri sebagai penambah selera makanan laut yang dibakar.
Aroma Thailand penyeri Pentas Citarasa
Jika ingin mencuba kelainan berbuka puasa dengan juadah negara jiran, ruangan The Thai terhidang buat anda di Pentas Citarasa.
Di sini, anda boleh menikmati juadah ringan yang mempunyai aroma menusuk selera seperti Hor Mok (kari ikan Thai), Gai Hor Bai Toey (ayam bersalut daun pandan), Yam Mamuang, Som Tham dan banyak lagi.
Selera rojak
Anda mahu bersantai sambil menikmati hidangan ringan sama ada sebelum atau selepas berbuka?
Ruangan rojak menawarkan pelbagai pilihan rojak daripada Rojak Buah, Rojak Sotong Kangkung, Rojak Singapore, Rojak Pasembur dan Gado Gado. Mana satu pilihan anda?
7 Kawah Waklan
Tumpuan utama pada malam berbuka puasa anda akan disajikan dengan pelbagai jenis Lauk Kuah bersama nasi berempah serta ulam-ulaman dan sambal belacan.
Ruangan ini merupakan 'watak utama' untuk Pentas Citarasa kerana hidangannya akan bertukar setiap hari untuk memastikan anda tidak bosan dengan selera yang sama setiap kali berkunjung ke sini.
Jalan Alor
Ini adalah ruangan untuk anda mencuba keunikan masakan jalanan yang dibawakan khas ke Pentas Citarasa. Di sini, anda boleh menikmati kelembutan roti kukus Mantau dan keenakan dim sum serta pelbagai lagi jenis makanan jalanan.
Medan ikan bakar
Kesinambungan daripada ruangan makanan laut, medan ikan bakar membawakan hasil laut yang segar dari negeri di bawah bayu, Sabah.
Dengan rasa perapan yang kuat dan kuah BBQ yang enak, pengunjung boleh menikmati pilihan ketam bakar, udang bakar, sotong bakar dan pari bakar sebagai hidangan berat ketika berbuka puasa.
Little India
Tidak lengkap malam berbuka puasa anda tanpa hidangan berasaskan makanan India.
Di Pentas Citarasa, anda boleh merasai sendiri kelembutan roti nan yang dihasilkan menggunakan tandoor tanah liat bersama ayam tandoori bersama bahan perasa.
Tidak dilupakan juga, roti canai, dasai, kari Vada, chutney dan idly turut dihidangkan kepada anda sepanjang Ramadan.
Made in Itali
Ini antara kelainan yang dibawakan Pentas Citarasa kerana anda boleh menikmati hidangan istimewa dari Barat ketika berbuka puasa jika anda mahu rasakan makanan selain masakan tradisional.
Di sini, anda akan dihidangkan dengan daging bakar yang diperap resepi Itali beserta pilihan sos pasta selain dibawakan juga lagsana daging, cannelloni dan bruschetta.
Aroma Timur Tengah
Di medan ini, hidangan rutin setiap kali Ramadan iaitu kambing panggang pastinya tersedia untuk memenuhi citarasa anda.
Dengan juadah sampingan seperti roti Arab yang panas, sos, salad segar dan sos buatan sendiri akan menambahkan lagi kelazatan kambing bakar.
Banyak lagi!
Terlalu banyak yang Pentas Citarasa akan hidangkan buat anda sepanjang Ramadan 2022 termasuk Sate Kajang, Warung Mee, pelbagai jenis sup dan bermacam lagi hidangan.
Inilah masanya untuk anda abadikan kisah iftar Ramadan anda dengan menjadi sebahagian watak Pentas Citarasa yang dibawakan khas oleh Hotel Marriot Putrajaya bermula 2 April sehingga 2 Mei 2022.
Pentas Citarasa menawarkan harga RM188 seorang dewasa dan RM94 bagi seorang kanak-kanak.
Anda boleh menikmati harga istimewa RM148 seorang bagi dewasa dan RM74 seorang bagi kanak-kanak jika melakukan tempahan awal.
Malah anda boleh mendapatkan diskaun bagi pemegang kad debit atau kredit terpilih (bergantung kepada terma dan syarat).
Ahli Marriot Bonvoy pula boleh menikmati diskaun sebanyak 20 peratus.
Untuk tempahan, hubungi Ramadan Hotline di talian 03 8949 8888 sambungan 1028/1029/1888 atau hantar mesej ke WhatsApp +6011-56855608, atau layari laman web marriottputrajaya.com. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram