SEORANG remaja terpaksa melompat keluar dari kenderaan e-hailing yang dinaiki selepas pemandu kereta itu dikatakan mencabul dan menyamun mangsa berhampiran Jalan Kionsom Inanam, Kota Kinabalu, Sabah, pada pagi Khamis.
Jurujual berusia 19 tahun itu telah menaiki sebuah kereta e-hailing berwarna biru tua kira-kira pukul 9 pagi kerana memerlukan kenderaan untuk pergi ke tempat kerja di Menggatal dekat Inanam.