Pelawak Arman Tompel meninggal dunia


  • Massa
  • Sabtu, 26 Mac 2022

ALLAHYARHAM Amran meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

PELAKON dan pelawak, Amran Tompel Ramlie atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel, 72, meninggal dunia pada jam 5.20 petang Sabtu.

Allahyarham difahamkah meninggal dunia akibat kanser usus.

Dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura, Allahyarham dilaporkan menghidap kanser usus sejak sekian lama.

Berita kematian Amran disampaikan bekas isterinya, Anas Salmee Syed Mohamad, 53, yang memaklumkan Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di rumah anaknya di Taman Matahari Height, Senawang.

Allahyarham Amran merupakan saudara kandung kepada dua lagi pelakon tersohor AR Badul dan Adlin Aman Ramlie.

Mereka tiga beradik adalah anak kepada seniman tersohor, Allahyarham AR Tompel.

Allahyarham Amran meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam kenyataan yang dikeluarkan menyifatkan, Allahyarham Amran merupakan seorang anak seni berbakat besar.

Persatuan itu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian seniman itu.

Seniman juga akan terus mendapatkan perkembangan lanjut mengenai masa pengebumian jenazah Amran daripada keluarga Allahyarham. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram