JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memperluaskan operasi mencari dan menyelamat seorang warga emas dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Tambahan, Jalan Teluk Intan di Bidor, Perak.
Menurut jurucakap JBPM Perak, kawasan pencarian diperluaskan sejauh dua kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang sejak dua hari lalu itu.
Mangsa, A. Naraina, 73 hanya disedari hilang oleh keluarga apabila dia tidak berada di rumahnya.
JBPM menerima panggilan mengenai kehilangan itu pada 2.30 petang Khamis.
Operasi pencarian yang dimulakan jam 3 petang Jumaat melibatkan 38 keanggotaan dari bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Operasi pencarian turut dibantu anggota dari Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), Multi Skill Team (Must) dan Unit K9. — Awani
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram