Baru 'buli' pemandu Axia, drebar lori kena tahan di SJR


  • Tular
  • Sabtu, 26 Mac 2022

TANGKAP layar kejadian berkenaan yang tular di media sosial. — Facebook

TULAR di media sosial apabila seorang pemandu lori bertindak samseng terhadap pengguna jalan raya lain baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 2 minit 24 saat itu, lelaki berkenaan dilihat bertindak memarahi pemandu kereta jenama Perodua Axia.

Lelaki berkenaan kemudiannya mengejar pemandu kereta tersebut sebelum ditahan oleh pihak polis yang kebetulan melakukan sekatan jalan raya.

Sebelum ditaham, kelihatan seperti pemandu Axia berkenaan berkata sesuatu kepada anggota polis bertugas.

Anggota polis terbabit kemudiannya menahan lori berkenaan walaupun kelihatan pemandunya cuba melarikan diri.

POLIS bertindak menahan pemandu lori berkenaan. — Facebook

Difahamkan, kejadian berlaku di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

Berdasarkan komen yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @muhammadnurfitri5, punca sebenar kejadian bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

"Namun pemandu lori itu dah tahan kereta Axia sebanyak dua kali.

"Pemandu lori tendang kereta itu dari awal," katanya.

Majoriti masih cuba mendapatkan maklum balas daripada pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram