Bank cop kewangan tak stabil jika keluar wang KWSP? Ini jawapan pakar


  • Massa
  • Khamis, 17 Mac 2022

ORANG ramai boleh memohon pengeluaran KWSP bermula 1 April sehingga 30 April. —Gambar hiasan/The Star

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu mengumumkan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh KWSP, permohonan pengeluaran tersebut boleh dilakukan bermula 1 April sehingga 30 April.

Kebanyakan rakyat menyambut baik pengumuman berkenaan kerana ada antara mereka masih 'merangkak' ketika negara masih dihimpit peningkatan kes mendadak pandemik Covid-19 setiap hari.

Namun, ada juga warganet mendakwa pengeluaran KWSP itu hanya akan memberi kesan buruk pada masa akan datang sekiranya rakyat mahu membuat pinjaman bank.

WhatsApp Image 2022-03-17 at 12.11.30 PM

"Untuk pengetahuan anda, kalau korang (anda semua) keluarkan duit dari KWSP, bank akan 'cop' korang as financially unstable, walaupun korang keluarkan duit itu saja-saja untuk shopping dan tak ada masalah kewangan pun sebenarnya.

"And bank susah nak bagi loan dekat orang yang ada masalah kewangan," kata seorang pengguna Twitter, @chiccbi.

Dakwaan itu bagaimanapun ditepis oleh Pensyarah Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob.

Menurutnya, maklumat itu tidak tepat kerana institusi kewangan di Malaysia mengamalkan polisi rating kredit kepada para peminjam.

"Institusi kewangan mendapatkan rating kredit seseorang individu menerusi Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) dan CTOS.

"Mereka akan meneliti maklumat daripada sistem tersebut, termasuklah sekiranya anda ada buat pinjaman di tempat lain atau diisytiharkan bankrap.

"Kalau rating kredit anda rendah, susah hendak buat pinjaman.

Screenshot 2022-03-17 130326

ABU Sofian menafikan dakwaan pengeluaran KWSP akan menyukarkan orang ramai membuat pinjaman bank. — Facebook

"Bank tidak akan tahu anda mengeluarkan caruman KWSP atau tidak. Apabila anda membuat pinjaman bank, baru bank boleh mengesan rating kredit anda.

"Malahan tiada polisi bank di negara ini melihat pengeluaran KWSP sebagai petunjuk anda tidak layak membuat pinjaman.

"Saya menyifatkan individu yang menyebarkan maklumat itu tidak tahu tentang cara pinjaman bank diluluskan," katanya kepada Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram