PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu mengumumkan kebenaran pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.
Pengumuman itu dibuat menerusi ciapan di Twitter beliau pada Rabu.
Menurut Ismail Sabri, ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.
"Pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa depan.
"Walaupun kerajaan memberikan kebenaran pengeluaran khas KWSP ini, saya merayu kepada para pencarum supaya tidak mengeluarkan simpanan jika tiada keperluan mendesak.
"Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan," katanya.
Tambahnya lagi, perincian berhubung pengeluaran khas KWSP itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram