Gelanggang futsal di Putatan bertukar jadi 'gelanggang tinju'


  • Tular
  • Rabu, 16 Mac 2022

TANGKAP layar insiden pergaduhan di Putatan, Sabah baru-baru ini. — Facebook

TULAR di media sosial insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja lelaki di Putatan, Sabah baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 27 saat, kejadian berkenaan berlaku di sebuah gelanggang futsal di daerah berkenaan.

Punca kejadian dikatakan berlaku selepas seorang remaja dipukul dan bapa kepada remaja berkenaan, bertindak menyerang individu yang memukul anaknya.

Kes membabitkan kedua-dua pihak dikatakan selesai dengan cara baik.

"Kes sudah settle, semua berpunca dari budak yang kena pukul itu juga.

"Dia pukul budak dan bapa budak itu datang sendiri jumpa budak itu sebab bapa mana tidak marah kalau anak dia kena pukul sampai berdarah.

"Umur baru 14 tahun lagi.

"Tapi sebagai pengajaran, kalau boleh biarlah urusan bapa sama yang memukul itu sahaja. Budak-budak lain itu janganlah masuk campur.

"Nasib tak bagus nanti, lain kes jadi," menurut pengguna Facebook, Angkol.

Majoriti masih cuba mendapatkan komen daripada pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

pergaduhan, futsal, tinju, remaja, Sabah, Putatan