26,534 kes baharu Covid-19 direkod pada Selasa


  • Primer
  • Rabu, 16 Mac 2022

KES harian Covid-19 kembali meningkat pada Selasa. — Gambar hiasan

MALAYSIA merekodkan 26,534 kes baharu Covid-19 pada Selasa, kembali meningkat berbanding 22,030 kes pada Isnin.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 3,872,135 sejak pandemik berkenaan berlaku.

Portal CovidNow melaporkan bahawa 691 daripada jangkitan baharu Covid-19 adalah kes import manakala baki 25,843 kes merupakan penularan tempatan.

Portal berkenaan turut melaporkan bahawa sebanyak 31,234 pesakit Covid-19 sembuh pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh di Malaysia kepada 3,533,994.

Pada masa ini, terdapat 304,147 kes aktif di negara ini, dengan 293,435 atau 96.5 peratus mematuhi kuarantin di rumah dan 2,123 atau 0.7 peratus dimasukkan ke kemudahan kuarantin dan rawatan berisiko rendah.

Seramai 8,213 pesakit Covid-19 sedang mendapatkan rawatan di hospital seluruh negara, dengan 376 dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 222 daripada pesakit ICU memerlukan bantuan pernafasan manakala baki 154 tidak memerlukan bantuan pernafasan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram