Menurun sedikit, negara catat 22,535 kes baharu Covid-19


  • Primer
  • Isnin, 14 Mac 2022

22,174 jangkitan baharu Covid-19 pada Ahad adalah penularan tempatan. —Gambar hiasan

MALAYSIA merekodkan 22,535 kes baharu Covid-19 pada Ahad, menurun sedikit berbanding 26,250 kes pada Sabtu, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut portal CovidNow kementerian, 22,174 daripada jangkitan baharu Covid-19 di negara ini adalah penularan tempatan, manakala terdapat 361 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara ini kepada 3,823,571 kes sejak wabak itu bermula.

Sebanyak 87 kematian direkodkan pada Ahad, dengan 25 diklasifikasikan sebagai dibawa ke hospital atau brought in dead (BID), menjadikan jumlah keseluruhan 33,807. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KKM, kes baharu, Covid-19, kes harian, terkini