Dua lelaki hilang dikhuatiri tertimbus runtuhan batu di Tambun


  • 112
  • Selasa, 08 Mac 2022

INSIDEN runtuhan batu kuari di kawasan Tambun, Simpang Pulai dalam kejadian pada pagi Selasa. — Bernama

DUA lelaki dipercayai pekerja kuari hilang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan batu kuari di kawasan Tambun, Simpang Pulai, Perak pagi Selasa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 9.40 pagi dan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikerahkan ke tempat kejadian.

"Setibanya jentera di lokasi itu, pengurus kuari memaklumkan terdapat runtuhan batu melibatkan empat mangsa termasuk dua Orang Asli.

"Laporan awal komander operasi memaklumkan, dua mangsa dapat menyelamatkan diri manakala dua lagi hilang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) hadir ke lokasi kejadian bagi membantu mencari mangsa yang tertimbus dan operasi pencarian masih lagi dijalankan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Bomba, kuari, runtuh, timbus, Tambun, STORM