MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat di Semenanjung


  • Primer
  • Selasa, 08 Mac 2022

SURAU di Terbok laluan Pasir-Mas ke Rantau Panjang digenangi air sehingga ke paras bumbung selepas hujan berterusan sejak Jumaat. — Gambar hiasan

RIBUT petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 10 pagi Selasa, demikian amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Amaran yang dikeluarkan MetMalaysia pada 7.05 pagi itu memaklumkan kawasan terlibat ialah di Kedah (Langkawi) dan Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Selain itu ialah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh); Terengganu (Besut dan Setiu) serta Pulau Pinang.

Turut terlibat ialah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang); Kuala Lumpur; Putrajaya dan Melaka.

Sementara Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau serta Johor (Tangkak). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram