Polis kesan remaja perempuan hilang, tak pulang rumah di Chemor sejak Januari


  • 112
  • Rabu, 02 Mac 2022

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menelefon 05-2451628 atau 0192119539 atau IPD Ipoh di talian 05-2451500. — Gambar Fail

POLIS Perak sedang mengesan seorang remaja perempuan Effa Liyana Yusri, 18, yang dilaporkan hilang sejak Januari lepas.

Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja itu daripada bapanya di Balai Polis Chemor pada 21 Januari, selepas remaja berkenaan tidak pulang ke rumah seharian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Aslina Mat Ali dengan menelefon 05-2451628 atau 0192119539 atau IPD Ipoh di talian 05-2451500. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram