Pak cik berkopiah acu jari tengah, cakap lucah, aibkan isteri mangsa di Melaka


  • Tular
  • Rabu, 02 Mac 2022

TANGKAP layar rakaman dashcam menunjukkan pemandu Proton Saga berkopiah terbabit memberikan isyarat jari tengah kepada mangsa. — Facebook

SEORANG pengguna Facebook, Saiful Yusri Othman melahirkan kekecewaan terhadap sikap pemandu Proton Saga berkopiah yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada dia sekeluarga dalam kejadian dipercayai di Melaka pada 27 Februari lalu.

Dalam kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu, Saiful Yusri mendakwa kejadian itu berpunca daripada tindakannya memotong kenderaan terbabit yang dikatakan sedang dipandu dalam keadaan terlalu perlahan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, dia mendakwa telah membunyikan hon semasa memotong kereta Proton Saga itu dan mendapati pemandunya sedang menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

"Puncanya aku potong kereta dia and hon sekali sebab dia pandu sangat perlahan dan guna telefon bimbit," dakwanya.

Saiful Yusri mendakwa, pemandu terbabit kemudian mengekori kenderaannya hingga di persimpangan lampu isyarat Duyong Bukit Baru.

Katanya, apabila dia berhenti di lampu isyarat tersebut, pemandu Proton Saga itu berhenti di sebelah kiri kereta dan menurunkan tingkap.

Tambahnya lagi, dia meninggikan suara sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan mengaibkan isterinya yang tidak terlibat dalam insiden tersebut.

HANTARAN Saiful Yusri terhadap kejadian yang berlaku kepada dia dan keluarga pada 27 Februari lalu. — Facebook

"Tak puas hati pasal tu, dia maki hamunnya aku, tunjuk jari tengah bagai depan isteri dan anak-anak aku. Aku suruh dia istighfar dan mengucap banyak-banyak sebab dia orang tua and berkopiah. Jadi, member tu pun lagi panas laa.

"Mula-mula malas nak layan, yang berdosanya kau..but he said a nasty word about my wife, padahal bini aku senyap saja and tak bersuara.

"Itu buat aku panas...for me that is sexual harassment dan sebagai suami aku tak nak orang cakap aku dayus, so just pull over my car and decide nak confront him and aku still panggil dia pak cik okay.

"Tanya kenapa nak kaitkan bini aku dalam hal ni...kau takde ada bini atau anak perempuan ke sampai cakap macam tu, shame of you laa.

"Alhamdulliah, tiada apa-apa yang jadi, aku still waras lagi...orang tua berkopiah tu just mumbling for nothing and keep provoking me by calling me bodoh dan binatang.

"Aku dah imagine macam-macam boleh jadi kat orang tua ni kalau aku dah hilang kesabaran...kalau aku take action by doing something stupid for sure public akan nampak aku yang jahat sebab dia orang tua berkopiah.

"Aku just kuatkan semangat untuk tak buat benda yang sia-sia dan avoiding provocation dia tu and seems orang tua ni memang tak putus asa dan terus provoke, aku decide nak blah dari situ tapi dia boleh blocking pintu pemandu dan tak benarkan aku masuk ke dalam.

"Bijaknya isteri aku, dia cepat-cepat beralih ke kerusi pemandu dan suruh masuk ikut pintu sebelah, non-stop dia tanya siapa aku, dia dah kurang ajar macam tu takde lah aku panggil pak cik, aku cakap aku kau je, orang tua macam ni memang tak layak untuk dihormati.

"Sempat dia bagi last souvenir kat kami sekeluarga dengan menunjukkan jari tengah, aku rasa semua orang boleh nampak apa yang dia buat tu. Aku rasa dua ketiga kali juga aku beritahu kereta aku ada dashcam, but seem he doesn't bother...," ceritanya.

Tambah Saiful Yusri lagi, anaknya yang berusia 10 tahun sempat bertanyakan kepada isterinya tentang sikap orang tua itu.

"Isteri aku respons atuk tu kasar dengan abah...my son still address him as atuk okay," ujarnya.

Saiful Yusri juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu namun dia diberitahu oleh pegawai penyiasat (IO) bahawa orang tua tu enggan bekerjasama dan memohon maaf.

"Kau minta maaf kat siapa ya!!!!!!!! Kau patut minta maaf dengan family aku. IO tu cakap dia dah nasihat dan beri amaran kepada orang tua tu, then lagi kalau aku nak ambil civil action terpulang, boleh upah lawyer, memang tu saja polis boleh buat.

"Tujuan aku viral kan just hati-hatilah kalau nak tegur orang buat salah.....kalau ada yang boleh terima okay lah, yang tak tak boleh terima tu yang bahaya, sampai sanggup jatuhkan maruah orang... #pakaikopiahtaksemuabaik," tulisnya lagi.

Hantaran Saiful Yusri mendapat lebih 763 perkongsian, manakala dua rakaman video yang dimuat naik di status tersebut masing-masing memperoleh 58,000 dan 19,000 tontonan.

Majoriti sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada mangsa jika dia mahu mengambil tindakan sivil seperti yang dimaklumkannya sebelum ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram