PRN Johor: Polis buka 13 kertas siasatan, lulus 369 permit


  • 112
  • Rabu, 02 Mac 2022

13 kertas siasatan berkaitan PRN Johor disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. —The Star

SEBANYAK 13 kertas siasatan dibuka dan 369 permit telah diluluskan di seluruh Johor, sejak 26 Februari hingga Selasa.

Jurucakap media Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Superitendan Ibrahim Mat Som berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor telah meluluskan 81 permit dan membuka empat kertas siasatan pada Selasa.

Katanya, kes-kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"PDRM Johor menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong sentiasa mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 dan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan dalam tempoh berkempen.

"PDRM Johor juga menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong memastikan kempen yang dijalankan tidak mengganggu atau menghalang laluan lorong orang ramai dan laluan pengguna jalan raya serta menghormati antara satu sama lain," katanya dalam kenyataan pada Rabu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram