Sikap degil penduduk, PBT 'buat bodoh' faktor tertinggi isu parkir PPR — Tinjauan Majoriti


  • Massa
  • Isnin, 28 Feb 2022

KERETA yang terbiar lama di sesebuah lot parkir menyumbang kepada ruang tempat letak kereta yang terhad. — Majoriti

MASALAH ruang parkir terhad bukan sahaja membelenggu kehidupan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur malahan beberapa PPR sekitar Lembah Klang turut berdepan isu sama.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh Majoriti di beberapa lokasi PPR sekitar Lembah Klang, masalah parkir dilihat sudah berlarutan selama kira-kira 10 tahun di kebanyakan PPR.

Walaupun kebanyakan penduduk pernah membuat laporan tentang isu berkenaan namun masalah tersebut seakan tidak menemui jalan penyelesaiannya.

Berdasarkan data yang diperoleh, sebanyak 30.8 peratus responden mengatakan meskipun laporan sudah dibuat namun tiada tindakan yang diambil oleh pihak berwajib.

Selain itu, 38.5 peratus responden mengatakan sikap penduduk setempat yang degil menyumbang kepada masalah parkir.

WhatsApp Image 2022-02-26 at 11.27.17 PM

ANTARA dapatan dibuat dalam kalangan penduduk PPR. — Majoriti

Isu parkir turut menyebabkan masalah sosial dalam kalangan penduduk PPR.

Sebanyak 50 peratus responden mengatakan masalah parkir mengakibatkan pergaduhan antara jiran tetangga.

Menurut seorang responden yang ditemui, beliau mengharapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar memperluaskan tempat parkir.

"Kereta 'double park', sekiranya kecemasan nak keluar awal pun susah dan kenderaan akan mengalami kerosakan seperti bahagian nombor plat pecah," ujarnya.

WhatsApp Image 2022-02-26 at 11.28.04 PM

SEBANYAK 46.2 peratus responden mengatakan masalah parkir berlarutan selama tiga hingga lima tahun. — Majoriti

Seorang lagi responden mahu PBT memperkenalkan sistem pembayaran lot parking secara bulanan.

"Selain itu, minta pihak DBKL mengenalpasti sebarang kereta yang terbiar lama di lot parking PPR," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram