Tiga pemain belia Kelantan cedera dilanggar lari 'King' putih


  • Tular
  • Khamis, 24 Feb 2022

DUA daripada tiga pemain skuad belia Kelantan United yang mengalami kecederaan akibat insiden langgar lari pada malam Rabu. — Facebook

TIGA pemain skuad belia Kelantan United yang baru pulang daripada menjalani latihan pada petang Rabu, mengalami kecederaan selepas dipercayai terlibat kemalangan langgar lari dalam kejadian di Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat, Kelantan pada malam Rabu.

Perkara itu dikongsikan ahli fisioterapi pasukan tersebut, Zamry Zulkarnain menerusi Facebook Kelantan Kito.

Zamry menerusi perkongsian itu mendakwa, mangsa yang menaiki motosikal dilanggar sebuah Myvi model baharu berwarna putih yang dipandu seorang suspek lelaki.

KEADAAN motosikal salah seorang mangsa yang dilanggar suspek. — Facebook

"Ni nombor plat kereta suspek (S**5***). Pemilik nombor perempuan tinggal di Selangor tetapi suspek yang langgar tu lelaki... kereta Myvi model baru.

"Saksi yang nampak nombor plat kereta tersebut jatuh tu salah seorang pemain juga tapi dia naik kereta lain, ikut belakang motosikal dinaiki mangsa," tulisnya di hantaran berkenaan.

Zamry mendakwa, saksi ternampak nombor plat kereta itu terjatuh dan sempat mengutipnya. Pada masa sama, saksi itu juga segera memberikan pertolongan kepada mangsa terlibat.

"Ada seorang lagi saksi yang menaiki kereta Proton Gen 2 pun ternampak plat kereta Myvi itu terjatuh tetapi dia tolong kejar kereta berkenaan. Takkan nak turun kutip plat dulu, tu pun abang Gen 2 tu tak sempat kejar Myvi tersebut sebab tayarnya pecah. Kasihan pula kat dia.

"Kalau ada abang tu dalam post ni saya mewakili mangsa ucap terima kasih sebab hulurkan pertolongan," katanya lagi.

Sementara itu, Majoriti turut berusaha mendapatkan pengesahan daripada pihak polis berhubung insiden langgar lari itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram