Hujan tahap waspada hingga Sabtu


  • Primer
  • Rabu, 23 Feb 2022

AMARAN hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga Sabtu ini. — The Star

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri-negeri terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

"Kawasan terlibat ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang,” katanya pada Rabu.

Sementara di Johor kawasan terlibat ialah daerah Segamat, Kluang dan Mersing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram