Jangkitan naik lagi, catat 17,134 kes pada Rabu


  • Primer
  • Rabu, 09 Feb 2022

SEBANYAK 17,134 kes direkodkan negara pada Rabu. — Gambar hiasan/Agensi

JUMLAH jangkitan Covid-19 dalam negara terus menunjukkan peningkatan pada Rabu iaitu sebanyak 17,134 kes baharu berbanding 13,944 kes pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes kini sebanyak 2,956,332 kes.

Beliau berkata 99.5 peratus atau 17,048 daripada kes baharu hari ini adalah Kategori Satu dan Dua, manakala 0.5 peratus atau 86 kes berada dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima.

Menurutnya Kategori Satu mencatat sebanyak 4,722 kes atau 27.56 peratus; Kategori Dua (12,326 kes atau 71.94 peratus); Kategori Tiga (58 kes atau 0.34 peratus); Kategori Empat (24 kes atau 0.14 peratus) dan Kategori Lima (empat kes atau 0.02 peratus).

Beliau berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW. — Majoriti

Menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram