Baru keluar terminal, wanita maut digilis bas


  • Benua
  • Rabu, 09 Feb 2022

MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Dr. Cipto Mangunkusumo, Jakarta Tengah untuk proses bedah siasat. — Agensi

SEORANG wanita maut digilis bas Transjakarta di depan pintu keluar Terminal Tanjung Priok, Jakarta Utara, pada Selasa petang.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa sedang meninggalkan terminal dan dipercayai terjatuh ke laluan bas akibat jalan yang agak licin.

Pada masa yang sama, sebuah bas Transjakarta tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa.

Menurut pihak polis, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dengan beberapa kecederaan di bahagian badannya.

Mayat mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu kemudiannya dibawa ke Hospital Dr. Cipto Mangunkusumo, Jakarta Tengah untuk proses bedah siasat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bas, gilis, wanita, Jakarta, maut