Buang sampah merata-rata bukan 'cool' tapi 'fool'


  • Tular
  • Rabu, 02 Feb 2022

TUGU gerbang Taman Tasik Biru Kundang, Rawang yang menjadi sasaran tempat pembuangan sampah bagi pengunjung tidak bertanggungjawab. — Facebook

SEORANG lelaki berang apabila mendapati terdapat segelintir pihak yang seolah-olah tiada kesedaran sivik, dengan membuang sampah merata-rata di tempat awam.

Menerusi perkongsian Zul Zaki di laman Facebook, beberapa keping gambar memaparkan sampah bersepah di sekitar kawasan Taman Rekreasi Tasik Biru Kundang, dekat Rawang, Selangor.

Screenshot 2022-02-02 190430

TANGKAP layar perkongsian Zul Zaki di laman Facebook.

Tertumpu di tugu gerbang, terdapat bungkusan air manis yang disangkut di salah satu besi, selain sampah bekas makanan yang ditinggalkan pengunjung di tapak tugu tersebut.

273007576_5378788328816862_2834550126311206860_n

BUNGKUSAN air yang digantung di besi tugu gerbang. — Facebook

272886443_5378789578816737_6205268004798698475_n

SISA air dan makanan yang ditinggalkan di belakang tugu gerbang. — Facebook

Lebih mengecewakan, jarak tong sampah adalah tidak jauh dari kawasan sampah yang dibuang pengunjung.

273049244_5378770715485290_3535385848570429837_n

JARAK antara tong sampah dan sampah dibuang tidak begitu jauh. — Facebook

"Makan pandai, nak kemas b***h. Ya ke? Ke kena letak signboard (papan tanda) - hanya monyet buang kulit pisang merata?

"Sama-samalah jaga kebersihan tempat awam. Buang sampah merata-rata tidak menjadikan anda seorang cool (bagus) tapi fool (dungu).

"Fikirkan, malaikat ada sebelah kamu," katanya.

272799771_5378771038818591_3978437432288709435_n

ANTARA sampah yang dibuang oleh pengunjung di taman rekreasi itu. — Facebook

272950031_5378789602150068_2649977841881703192_n

LAGI sampah dibuang merata-rata di taman rekreasi tersebut. — Facebook

Majoriti cuba menghubungi Zul Zaki bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara itu, namun masih belum mendapat sebarang respons setakat ini.

Selain itu, Majoriti juga sedang menunggu maklum balas dari Pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berhubung perkara itu.

Terdahulu pada Februari 2021, seorang lelaki terpaksa bermalam di penjara selama lima hari selepas gagal membayar denda RM10,000 atas kesalahan membuang sampah komersial di atas tanah kerajaan.

Dalam sebutan semula kes di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, tertuduh mengaku salah sebelum mahkamah menjatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara.

Bulan berikutnya pada tahun sama, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pula mengambil tindakan tegas terhadap seorang lelaki yang didakwa membuang sampah dari keretanya yang diparkir di tempat meletak kenderaan.

MBPP memberi maklum balas demikian susulan tularnya sebuah video yang memaparkan gelagat seorang lelaki sedang membersihkan keretanya dan selamba membuang sampah di petak parkir di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown.

"MBPP memandang serius dan tindakan yang tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang mengotorkan bandar raya kita.

"Tindakan di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 yang membawa hukuman denda sehingga RM500 boleh dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan. Sabitan kedua atau kali kemudian boleh didenda sehingga RM1,000," kata MBPP. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram