Lelaki tegur isu longgok sampah dekat kubur Kampung Kedemit Dalam


  • Tular
  • Rabu, 26 Jan 2022

LONGGOKAN sampah yang dibuang di dalam semak berhampiran tanah perkuburan menaikkan kemarahan penduduk setempat.

SELAIN berkelakuan baik, moral seseorang juga akan dinilai dari segi tahap kebersihan terhadap diri sendiri dan alam sekitar.

Ini termasuk cara seseorang menguruskan cara pembuangan sampah, manakala tabiat membuang sampah merata-rata semestinya akan menyusahkan orang awam, apatah lagi kawasan terbabit sering menjadi tempat kunjungan.

Terbaharu, seorang lelaki berang apabila terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab bertindak membuang sampah di dalam semak, berhampiran tanah perkuburan Pauh, Kampung Kedemit Dalam, dekat Wakaf Bharu, Kota Bharu, Kelantan.

Screenshot 2022-01-26 142731

TANGKAP layar hantaran Abdul Malik di laman Facebook.

Perkongsian gambar oleh Abdul Malik di laman Facebook itu memaparkan, pelbagai jenis sampah termasuk makanan dilonggokkan di tempat kejadian.

Sakit mata melihat suasana kotor itu, Abdul Malik memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak lagi membuang sampah di kawasan terbabit sekiranya tidak mahu perkara buruk berlaku.

"Kita telah arahkan beberapa orang sebagai pemerhati termasuklah beberapa rumah Cina dua tingkat yang berhampiran," katanya.

Tambahnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Jelas nampak no plate dan tuannya. Harap ada lagi la yang sudi buang sapoh (sampah) situ," katanya sinis.

Majoriti cuba menghubungi Abdul Malik bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu, namun masih belum mendapat sebarang respons. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram