Polis teliti video pengunjung taman tema di Ipoh langgar SOP


  • 112
  • Isnin, 31 Jan 2022

TANGKAP layar video tular memaparkan kesesakan pengunjung di sebuah taman tema air di Ipoh. — Facebook

POLIS Perak sedang meneliti video tular di media sosial yang memaparkan aktiviti riadah kumpulan pengunjung di sebuah taman tema air di Ipoh, Perak yang disyaki melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, semakan mendapati kejadian itu berlaku antara jam 1 hingga 6 petang pada Sabtu (29 Januari lalu).

"Menurut pihak pengurusan taman tema berkenaan, kapasiti kolam boleh memuatkan seramai 500 orang dan ketika kejadian jumlah tersebut tidak mencapai 50 peratus.

"Kini, pihak polis sedang meneliti fakta-fakta dan individu yang terlibat untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang ketidakpatuhan SOP tersebut oleh mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu yang boleh menjejaskan siasatan polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

polis, langgar SOP, taman tema, Ipoh,