TAUFAN 'pelik' yang melanda sekitar Ipoh, Perak pada petang Ahad menjejaskan lebih 300 rumah penduduk.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian angin ribut berlaku antara jam 6 petang hingga 6.30 petang yang mengakibatkan rumah-rumah di beberapa kawasan rosak teruk.