Sah sarung jersi no.5, ini mesej 'padu' Marc Vales Gonzalez kepada semua peminat Kedah


  • Podium
  • Isnin, 31 Jan 2022

MARC Vales Gonzalez mahu membalas kepercayaan semua peminat fanatik The Red Eagle. — Facebook/KDA FC

TONGGAK pertahanan import baharu Kedah, Marc Vales Gonzalez tidak mengambil masa lama untuk menyampaikan mesej penting beliau terhadap semua peminat fanatik The Red Eagle.

Marc Vales yang akan menyarung jersi no.5 bersama skuad Hijau Kuning musim ini memberitahu, dia akan bermati-matian membalas kepercayaan kesemua peminat Lang Merah yang mahu gergasi Utara itu kembali menjadi pasukan digeruni dalam kancah saingan Liga-Malaysia (Liga-M).

"Saya teruja menjadi sebahagian daripada skuad Kedah Darul Aman FC serta terharu dengan sambutan menggalakkan peminat. Ini cabaran dan sasaran baharu bagi musim 2022, marilah kita sama-sama menggapai impian.

"Jadi, saya harap dapat membalas segala kepercayaan yang kalian harapkan daripada saya," tulisnya di Facebook.

Dilahirkan di Les Escaldes, Andorra, tonggak pertahanan berusia 31 tahun yang memiliki ketinggian 1.84 meter itu pernah menabur khidmat di beberapa kelab utama di Eropah termasuk Real Madrid dan Real Zaragoza serta menyertai kelab Norway, Sandefjord sebelum menyertai Kedah.

Marc Vales juga berpengalaman luas di peringkat antarabangsa termasuk ketika merantai pergerakan penyerang berbisa Poland, Robert Lewandowski ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2022 pada November tahun lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram