SEORANG suri rumah dan keluarganya di Pasir Pinji, di Ipoh, Perak hidup dalam ketakutan selepas menerima ugutan untuk membakar rumah mereka.
Foo Hui Mun, 34, berkata, cat disimbah di rumah mereka pada 17 Januari lalu, dan dia percaya, perbuatan itu ada kaitan dengan adik lelakinya yang menjadi mangsa penipuan di Singapura pada September tahun lalu.