Awas scammer 'bayi' di Kedah tagih simpati


  • Tular
  • Isnin, 10 Jan 2022

TANGKAP layar dari hantaran scammer yang gunakan nama Twitter, aaashhhhhh_ untuk meraih simpati.

PENIPUAN atas talian semakin mudah dilakukan oleh segelintir pihak yang sanggup menggunakan gambar bayi berserta alasan sakit demi mendapatkan sumbangan dan simpati daripada orang ramai.

Terbaharu, seorang wanita membongkar taktik penipuan itu di Twitter apabila seorang individu menggunakan gambar bayi rakannya untuk mengaut keuntungan mudah.

Pengguna Twitter, phena29 menasihati orang ramai agar berhenti untuk memberi sumbangan kepada individu itu dan difahamkan penipu itu sudah menutup akaun Twitternya selepas penipuannya terbongkar.

scam tweet

CIAPAN Twitter phena29

"Kau block aku? Senang-senang curi gambar anak orang untuk minta bantuan. Dasar scammer talam 20 muka. Mohon siapa yang baca, tolong retweet dan tularkan. Takut ramai yang tertipu dengan perempuan itu. Terima kasih." kata pengguna Twitter itu.

Menurut phena29, scammer itu menggunakan nama Twitter aaashhhhhh_ dan membuat bebenang di Twitter bahawa 'anaknya' itu merupakan bayi istimewa kerana mempunyai penyakit jantung tiroid yang memerlukan wang ringgit untuk perubatan 'bayinya'.

scammer

HANTARAN dari penipu yang gunakan nama Twitter, aaashhhhhh_

Ramai yang marah dengan tindakan wanita scammer itu dan ramai yang menasihati agar lebih berhati-hati untuk menderma kepada orang yang tidak dikenali di media sosial.

"Sebab itu saya tidak termakan dengan rintihan rayuan orang minta sedekah di Twitter sebab banyak kali dah kena tipu," kata pengguna Twitter, Dayangryzal.

"Saya pun tertipu dengan ayat dia. Penipu ini pandai bina ayat untuk main emosi kasihan kita. Siap ckp dia malu nak mintak tapi sebab terdesak dia minta. Akaun dia sampai lebih had tidak boleh bank in. Lepas itu, dia bagi nombor akaun bank lain," komen pengguna Twitter, niaamanina95.

"Satu lagi alasan yang baik untuk tidak memuat naik gambar anak saya di akaun media sosial," kata pengguna Twitter, DoodleboyMY.

Dalam pada itu, difahamkan ibu kandung bayi itu telah membuat laporan kepada pihak polis Balai Serdang, Bandar Bharu, Kedah pada Ahad untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

Laporan itu menyebut, ibu bayi berkenaan menyedari gambar anaknya digunakan untuk tujuan penipuan selepas melayari laman sosial Intragram.

Dia juga membuat laporan polis itu dengan tujuan menafikan bahawa dia tidak meminta bantuan menggunakan gambar anaknya sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

scam, duit derma, Twitter, sakit, tular