Tun M masih jalani rawatan di IJN


  • Primer
  • Ahad, 23 Jan 2022

TUN Mahathir masih lagi menjalani rawatan di IJN ketika ini. — Bernama

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu disahkan oleh anak perempuan beliau, Datin Paduka Marina Mahathir.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, beliau berkata, seluruh keluarga telah berinteraksi dengan bapanya.

"Bagi pihak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, di dalam dan luar negara, yang telah menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan yasin dan juga orang ramai dari pelbagai agama yang telah mengirim doa serta ucapan agar Tun Dr Mahathir cepat sembuh.

"Kami juga berharap agar orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih," katanya.

Marina berkata, pihak IJN dan keluarga Dr Mahathir akan mengeluarkan kenyataan dari masa ke masa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram