Polis pertingkat rondaan, kawalan ambang tahun baharu


  • 112
  • Jumaat, 31 Dis 2021

POLIS sedang mengawal beberapa lokasi tumpuan di ibu kota yang dijangka dipenuhi sempena sambutan ambang tahun baharu 2022. — Bernama

SEMUA Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah diarah menggerakkan anggota bagi meningkatkan rondaan pemantauan ke lokasi-lokasi tumpuan orang ramai berkumpul sempena ambang tahun baharu 2022 pada Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tujuan rondaan pemantauan adalah untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mengelakkan orang ramai berkumpul mencegah penularan wabak COVID-19.

Beliau berkata, tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar SOP PPN itu.

"Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan pematuhan SOP, kerjasama semua pihak dalam aspek ini adalah penting memadangkan COVID-19 masih merupakan ancaman kesihatan serius,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, tular beberapa gambar di media sosial yang memaparkan pihak berkuasa sudah mula berkawal sejak pagi Jumaat di beberapa lokasi tumpuan sekitar ibu kota. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram