Malaysia kutuk serangan ke atas Jazan, Arab Saudi


  • Primer
  • Jumaat, 31 Dis 2021

SERANGAN ke atas Jazan, Arab Saudi yang dilakukan pada 24 Disember lalu.

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh pemberontak Houthi ke atas Jazan, Arab Saudi pada 24 Disember yang mengakibatkan kematian dan kecederaan serta kemusnahan harta benda.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, Malaysia menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada mereka yang terjejas akibat serangan itu.

"Malaysia menolak semua bentuk keganasan yang menggugat keamanan dan keselamatan di rantau itu. Permusuhan yang berpanjangan akan memudaratkan keamanan dan kestabilan di rantau itu,” katanya pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia akan terus menyokong usaha mencari penyelesaian secara damai dan aman bagi konflik di Yaman.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), dua orang terbunuh dan tujuh cedera, akibat roket dan peluru Houthi yang disasarkan ke bandar Jazan di selatan Saudi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Malaysia, kutuk, serangan, Houthi, Jazan, Saudi Arabia