MySejahtera dilengkapi ciri baharu mampu kesan kontak rapat — Khairy


  • Primer
  • Ahad, 26 Dis 2021

CIRI baharu berkenaaan juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini. — The Star

MYSEJAHTERA kini dilengkapi dengan ciri baharu iaitu ‘MySJ Trace’ untuk membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri yang sama.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter berkata, ‘MySJ Trace’ yang menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

"Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya pada Ahad.

TANGKAP layar ciapan Khairy Jamaluddin berkaitan ciri baharu di dalam aplikasi MySejahtera. — Twitter

Beliau berkata, menerusi ciri baharu itu masyarakat digalakkan menggunakannya apabila ke tempat awam yang tertutup selain memaklumkan bahawa ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam MySejahtera tidak lagi digunakan.

Khairy berkata, ciri baharu berkenaaan juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.

"Sudah boleh dikemas kini di Huawei. Untuk Google dan Apple masih menunggu mereka untuk menyenaraikan update (kemas kini) baharu ini,” katanya.

MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak Covid-19 di negara ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram