Tidak sarapan meningkatkan risiko penyakit jantung


  • Sihat
  • Isnin, 27 Dis 2021

SARAPAN adalah hidangan yang sangat penting bagi memastikan kita dapat memulakan hari dengan bertenaga. — Gambar hiasan/Agensi

SARAPAN adalah hidangan yang sangat penting bagi memastikan kita dapat memulakan hari dengan bertenaga.

Satu kajian mendapati, lelaki yang tidak mengambil sarapan pagi mempunyai risiko serangan jantung yang lebih tinggi berbanding mereka yang mengamalkannya.

Menurut profesor bersekutu epidemiologi dan pemakanan di Harvard School, Eric Rimm, kajian tersebut menunjukkan lelaki yang mengabaikan pengambilan sarapan mempunyai risiko 27 peratus lebih tinggi untuk mengalami serangan jantung atau penyakit jantung.

Selain itu, katanya, masalah kesihatan lain juga boleh berlaku akibat tabiat yang tidak sihat ini.

"Lelaki yang tidak mengambil sarapan pagi lebih berisiko mengalami kenaikan berat badan, menghidap diabetes dan hipertensi serta mempunyai tahap kolesterol tinggi," kata Rimm.

Menurut Yayasan Jantung Britain (BHF), kajian lain yang dijalankan oleh penyelidik di Amerika Syarikat mendapati mereka yang tidak mengambil sarapan pagi dikaitkan dengan obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, risiko strok dan menyebabkan tubuh kekurangan vitamin dan mineral.

"Satu kajian mendapati bahawa 74 peratus daripada mereka yang tidak mengambil sarapan pagi tidak memenuhi dua pertiga daripada Peruntukan Pemakanan Disyorkan (Amerika) untuk vitamin dan mineral, berbanding dengan 41 peratus daripada mereka yang mengambil sarapan pagi,” menurut kajian tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

sarapan, risiko, penyakit, jantung,