Kes baharu Covid-19 di Perancis melebihi 100,000 kes


  • Benua
  • Ahad, 26 Dis 2021

Beberapa langkah keselamatan baharu mungkin diperkenalkan Perancis sebelum sambutan Tahun Baharu. — Agensi

PERANCIS mencatatkan rekod kes baharu Covid-19 pada Sabtu, pertama kali melebihi paras 100,000 sejak pandemik bermula.

Data jabatan kesihatan awam menunjukkan 104,611 kes baharu telah didaftarkan, peningkatan sebanyak 84,272 kes sejak sejak 22 Disember.

Lonjakan itu didorong oleh pengesanan varian Omicron pada minggu terakhir November.

Pihak berkuasa kesihatan sebelum ini mengunjurkan kes harian boleh mencecah 100,00 kes menjelang akhir bulan.

Sehubungan itu beberapa langkah-langah keselamatan baharu mungkin diperkenalkan sebelum perayaan Tahun Baharu.

Pada Isnin, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dijadual mempengerusikan mesyuarat majlis kesihatan dan rang undang-undang pas vaksin dijangka dibentangkan kepada Majlis Menteri.

Kerajaan berhasrat untuk menerima pakai rang undang-undang itu pada Januari yang mewajibkan suntikan dos penggalak kepada populasi dewasa.

Rang undang-undang itu juga akan mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap lima juta orang yang enggan divaksinasi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Perancis, Covid-19, pandemik, 100, 000, Kes, Melonjak