'Rakyat mati tak apa, jangan VIP lambat'


TANGKAP layar video memaparkan seorang anggota penguatkuasa menahan ambulans bagi memberi laluan kepada kenderaan VIP sebelum membenarkannya pergi. — Twitter

TINDAKAN konvoi kenderaan yang mendahulukan laluan orang kenamaan (VIP) berbanding ambulans dibanjiri kecaman dan cemuhan daripada netizen.

Menerusi video tular di laman Twitter, kejadian yang dipercayai berlaku di Hulu Langat, Selangor itu bagi memberi laluan kepada kenderaan VIP yang mahu turun padang untuk mengunjungi kawasan banjir.

Dalam video sama, ambulans yang sepatutnya diberi keutamaan terpaksa menunggu dan ditahan oleh salah seorang anggota penguatkuasa, sehingga konvoi kenderaan yang mengiringi kenderaan VIP itu melalui jalan di lokasi kejadian.

Tarikh dan masa kejadian masih belum dapat dipastikan, namun difahamkan ia berlaku di Nanding, Hulu Langat, Selangor pada Ahad.

WhatsApp Image 2021-12-26 at 4.56.42 PM

TANGKAP layar komen netizen menghentam tindakan konvoi kenderaan VIP menghalang laluan ambulans baru-baru ini. — Twitter

Kesal dengan perkara itu, pengguna Twitter @Asma33114 menyifatkan tindakan itu bukan sahaja tidak bermoral, malah tiada perasaan simpati dan sensitiviti terhadap kenderaan kecemasan itu.

"Yang bekerja dengan diorang (mereka) ni pun memang jiwa raga pun dah hilang ke? Malang betul Malaysia sekarang ni," katanya sambil menulis tanda pagar #berilaluanpadaambulan.

Turut berpendapat sama, Abdul Tony Bin Ahmad Montana dengan nama samaran @kecaman menyifatkan perkara itu sebagai melampau, apabila ambulans terpaksa menunggu laluan kenderaan VIP berkenaan.

"ALLAH Maha Adil. Sekarang masih bernyawa bolehlah tunjuk kuasa. Alam barzakh kita lain nasib di sana. Good luck (Semoga berjaya)," katanya sinis.

BangmojiFlag of Malaysia dengan samaran @bangmojie menulis: "Tak kisah kau pangkat mana pun, bagi la hormat sikit orang dah nazak, sakit dan sebagainya,"

Pengguna @FarishaZaylan berkata: "Pepatah mengatakan rakyat mati takpe, jangan VIP yang lambat,"

TANGKAP layar komen netizen menghentam tindakan konvoi kenderaan VIP menghalang laluan ambulans baru-baru ini. — Twitter

Selain itu, pengguna @hairanazz berkata: "Dasar pentingkan pangkat. Kalau orang dalam ambulans tu mati kau tak nak tanggungjawab.

Malah, @HusbandNakal mendakwa, tindakan itu menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seolah-olah berat sebelah dengan mengutamakan laluan kenderaan VIP.

Katanya, keutamaan laluan perlu diberi kepada ambulans tersebut sebelum menghentikan laluan kenderaan lain.

"Kalau tak nak menyusahkan rakyat, naik la helikopter. Puak-puak menyusahkan semua orang. Ni la punca lagi rakyat marah dan tak mahu derma tabung kerajaan," katanya kesal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Tular, Twitter, Banjir, VIP, Hulu Langat