Gambar tanah runtuh di Taman Sri Duta berlaku 19 Disember — Bomba


  • Tular
  • Ahad, 26 Dis 2021

TANGKAP layar gambar yang tular di aplikasi WhatsApp berkenaan kejadian tanah runtuh di Taman Sri Duta, Kuala Lumpur.

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan gambar tanah runtuh berhampiran sebuah kondominium di Taman Sri Duta, Kuala Lumpur yang tular pada Ahad, sebenarnya berlaku pada minggu lalu.

Jurucakap JBPM KL berkata, untuk kes tersebut, kesemua penghuni telah dipindahkan pada 19 Disember lalu atas arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

269637041_2746054378873762_4226728276636702916_n

KEADAAN tanah runtuh yang berlaku di kondominium berhampiran Taman Sri Duta, Kuala Lumpur.

Difahamkan, sebanyak 34 keluarga di Taman Sri Duta telah diarahkan pindah manakala 62 keluarga yang lain berpindah secara sukarela.

Sebelum itu, tular di aplikasi WhatsApp pada Ahad gambar yang memaparkan sebuah kondominium Sri Duta, Bukit Tunku, Kuala Lumpur berada dalam keadaan berbahaya.

Gambar itu memaparkan keadaan tanah runtuh di lereng bukit kondominium tersebut sehingga menampakkan struktur binaan bawah tanah bangunan itu.

268993293_449858650036163_7239936023927922553_n

MAHADI (baju putih) berbincang dengan pihak berkenaan berkaitan langkah awal yang boleh diambil. — Facebook

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah juga telah turun ke lokasi berkenaan pada 21 Disember untuk mengenal pasti langkah penyelesaian yang terbaik.

Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kawasan tersebut telah diadakan di antara pihak DBKL, Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan juga penduduk di kawasan terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram