Gambar 'selfie' gadis 17 tahun jadi bahan lucah, ditularkan bekas rakan sekolah


  • 112
  • Ahad, 26 Dis 2021

GAMBAR selfie mangsa ditularkan sendiri oleh rakan sekolah lamanya.

SEORANG gadis berusia 17 tahun diaibkan rakan sendiri selepas gambar 'selfie' miliknya tular dan diselit dengan kata-kata berunsur lucah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, mangsa juga telah membuat laporan polis pada Sabtu.

"Suspek merupakan rakan sekolah lama mangsa temah memuat naik gambar itu di laman sesawang Tumblr dan diselitkan dengan kata-kata berunsur lucah.

"Mangsa kemudian dimaklumkan berkenaan perkara itu dan menghubungi suspek sebelum gambar itu dipadamkan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Mohd. Zaid, kes kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kenyataaan atau paparan yang boleh mengaibkan diri seseorang di dalam medium sosial media kerana ia boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil ke atas pelaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Selfie, Jenayah, Gadis, Lucah, Tular, Kajang