RAMAI yang terkesan akibat banjir baru-baru ini apatah lagi bencana alam itu tidak disangka akan menjejaskan ramai orang.
Bencana banjir yang melanda seluruh negara terutama di Lembah Klang ketika ini menjejaskan puluhan ribu mangsa yang mana ia bukan sahaja memusnahkan harta benda malah banyak nyawa yang melayang.
Prihatin dengan apa yang berlaku, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) tampil dengan inisiatif untuk membantu ahli-ahlinya yang terkesan akibat banjir.
Ditubuhkan sejak 2014, Pengerusi Eksekutif dan Pengasasnya, Datuk Ilyas Mohamed sentiasa prihatin terhadap permasalahan serta musibah yang menimpa ahli-ahlinya.
POSTER hebahan bantuan yang dikeluarkan KAPB khusus buat ahlinya.
Justeru, KAPB memperuntukkan bantuan kewangan yang berjumlah RM500,000 kepada ahli koperasi yang terjejas akibat banjir.
"Untuk itu, ahli-ahli yang terjejas dan menjadi mangsa bencana banjir kali ini boleh menghubungi talian 03-2711 0050 atau 03-2711 0051 atau melayari laman web http://www.kapb.com.my," katanya dalam satu kenyataan.
Untuk rekod, KAPB mempunyai lebih 7,000 ahli setakat ini.
Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk menjadi ahli atau sebarang pertanyaan berkenaan KAPB boleh menghantar ke e-mel [email protected] atau melayari pautan http://online.kapb.com.my/registration1.asp untuk membuat pendaftaran terus. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram