PDRM tunda kereta terbalik


  • 112
  • Khamis, 23 Dis 2021

TANGKAP layar sebuah kereta berwarna putih ditunda dalam keadaan terbalik oleh JSPT. — TikTok

SATU video menjadi tular di TikTok pada Rabu menunjukkan trak tunda polis menunda sebuah kereta dalam keadaan terbalik.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan mendapati, video itu adalah kejadian yang berlaku pada 18 Disember di Jalan Syed Putra berhampiran Sekolah Menengah Kuen Cheng di ibu negara.

“Pada 18 Disember, Unit Tunda JSPT terpaksa menunda sebuah kereta berwarna putih yang terbalik dalam keadaan keempat-empat tayar ke atas di bahu jalan berhampiran longkang berikutan cuaca hujan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kereta itu tidak boleh diterbalikkan dan ditarik seperti biasa kerana tayarnya berkemungkinan boleh tersangkut dalam longkang.

"Kereta itu hanya boleh diterbalikkan di atas permukaan rata.

"Kereta itu kemudiannya ditarik sejauh lima meter di atas jalan raya dan kemudian diterbalikkan ke posisi asal oleh anggota JSPT dengan bantuan orang ramai setelah mendapat kebenaran pemiliknya," jelasnya lagi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kereta, tunda, terbalik, longkang