SEBELUM ini hutan yang indah dengan sungai, tetapi kini semuanya hilang dikambus pasir dek kerana aktiviti ladang dan pembalakan di hutan simpan kekal Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
Gambar terkini keadaan hutan itu dimuat naik seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Pauh Putit.
Menerusi ruangan komen, Pauh Putit turut memaklumkan yang kesan itu berlaku selepas dua tahun aktiviti pembalakan berlaku di hutan simpan kekal itu.
"Inilah hasil yang orang kampung dapat daripada (aktiviti) pembalakan dan ladang di hutan simpan kekal Sungai Durian
"Bila semua ini terjadi apa yang akan berlaku? Bila semua sungai dipenuhi dengan pasir? Harap orang kampung dan rakyat di Kuala Krai pakat-pakar bersuara. Ini lokasi Sungai Som, Sungai Durian," katanya.
Seorang pengguna Facebook, Mohamad Syahdan berkata bahawa antara kesan aktiviti itu juga membuatkan lantai sungai semakin cetek dan menyebabkan banjir.
Seorang lagi pengguna Facebook, Rasidi Yajid pula meminta supaya surat rasmi bantahan dibuat ke pejabat hutan walaupun tahu yang surat tersebut tidak akan dilayan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram