ISU kenaikan harga barang terutamanya yang melibatkan barangan keperluan harian rakyat Malaysia seperti ayam, sayur-sayuran dan sebagainya kembali menjadi perhatian dan sudah tentunya merunsingkan banyak pihak termasuk pasangan muda yang baru membina keluarga.
Perbelanjaan keluarga yang terpaksa dihadkan untuk membeli barangan keperluan asas menyebabkan kebanyakan golongan ini terutamanya daripada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana tidak dapat berbelanja lebih untuk menyediakan makanan bernutrisi termasuk vitamin bagi keperluan tumbesaran anak masing-masing.