GOLONGAN belia terutamanya individu bujang yang baru memasuki alam pekerjaan antara kumpulan yang tidak terlepas daripada terkena tempias isu kenaikan harga barang yang menjadi topik hangat baru-baru ini.
Dengan gaji permulaan yang rendah bawah paras RM2,000, ada sebahagian daripada golongan tersebut terpaksa ikat perut dengan makan sekali sehari kerana tidak mampu berbelanja dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.