MAHKAMAH Rayuan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Persekutuan
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan perintah itu.
Abdul Karim berkata, syarat penangguhan adalah sama seperti yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi iaitu jaminan RM2 juta dengan dua penjamin dan juga perlu melapor diri ke balai polis berhampiran dua kali sebulan.
Terdahulu, Peguam bela, Farhan Read mengemukakan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta terhadap Najib Razak.
Farhan berkata, rayuan ke Mahkamah Persekutuan akan menjadi sia-sia jika Mahkamah Rayuan tidak membenarkan penangguhan hukuman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram