Sajat bakal ditemubual di The Ellen Show?


  • Tular
  • Rabu, 24 Nov 2021

SESI temubual antara Sajat dan Ellen itu didakwa bakal bersiaran pada Januari depan. — Agensi

USAHAWAN kontroversi yang dikenali dengan nama Nur Sajat mendedahkan dia akan ditemubual dalam satu di program terkenal di Amerika Syarikat, The Ellen Show.

Sajat berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu siaran langsung di akaun TikTok miliknya, @sajat.issa.

"Bulan Januari depan saya akan merancang untuk ke Amerika Syarikat untuk ditemubual dalam program The Ellen Show.

"Selepas itu saya akan pergi ke Singapura untuk bercuti pada Februari tahun depan," katanya.

Dalam pada itu, Sajat turut memaklumkan yang dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk pulang ke Malaysia.

Malah, dia memaklumkan lebih selesa dan selamat di Australia.

Terdahulu, Nur Sajat didakwa telah ditahan di Bangkok pada 8 September lalu namun kini berada di Australia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Tular, Sajat, The Ellen Show, Usahawan