SEBUAH treler yand dipercayai dipandu seorang wanita nyaris menggilis seorang penunggang motosikal di sebuah stesen minyak.
Video yang berdurasi 24 saat itu menunjukkan pemandu tersebut sedang membelok dan melanggar pemuda yang sedang mengepam tayar motosikalnya.
Tindakan pemandu lori itu berjaya ditangkap oleh kamera litar tertutup stesen minyak tersebut dan dipercayai pemandu lori itu adalah seorang wanita.
Kebanyakan warganet mengecam tindakan pemandu lori tersebut dan menyifatkan dia sebagai seorang pemandu yang tidak peka dengan keadaan sekeliling.
"Pemandu tak peka. Lain kali buka tingkap lihat tepi ada orang ke tidak ni main jalan saja. Kasihan budak motor tu nasib baik tak teruk," komen pengguna Facebook Min Sunyi.
"Harap penunggang motosikal itu mengambil tindakan undang-undang. Bukti dah ada. Dasar pemandu bodoh," komen dari Pelakon Atas Dunia.
"Punya lah jauh. Tu pun tidak nampak ke? Bawa sambil main telefon ke macam mana ni," komen dari Dayat Kamaruzaman.
Pemandu itu dipercayai sudah meminta maaf atas tindakannya namun sehingga kini pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram