SEORANG lelaki yang dikatakan peminta sedekah tiba-tiba ditendang oleh seorang individu lain selepas didakwa melakukan perkara itu di sebuah kedai makan walaupun telah ditegur beberapa kali.
Video peminta sedekah itu ditendang juga tular di media sosial dan difahamkan berlaku di sebuah kopitiam di Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar, Kedah.
Menurut seorang pengguna Facebook bernama Nur Hana Zamri, dia berada di lokasi kejadian ketika peminta sedekah itu terkena 'flying kick' oleh seorang lelaki.
"Dia ini selalu mintak sedekah di situ. Jabatan Kebajikan Masyarakat dah larang minta jangan bagi duit dekat dia.
"Kopitiam siap letak mula dia dilarang masuk. Awal tu anggota Rela dah larang suruh dia keluar elok-elok.
"Tapi dia masuk jugak keliling satu kopitiam lepas itu maki Rela dan acah-acah ambil benda macam nak pukul Rela dan ganggu pelanggan. Payung yang dia pegang tu dia nak pukul Rela tu sebab tak bagi dia mintak sedekah," katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook bernama Ija Zamm berkata, dia juga berada di lokasi sama ketika kejadian berlaku.
Ujarnya, peminta sedekah itu memang hendak pukul anggota Rela itu dengan payung dan dia bersama keluarga berada di sebelah anggota itu sahaja.
"Terkejut saya nasib baik tak angkat kuey teow goreng dan teh ais bawa lari masuk dalam.
"Tapi satu nak beritahu, adik 'handsome' yang buat flying kick tadi tu memang dahsyat. Macam Tony Jaa," katanya.
Tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak berkuasa dan pemilik kopitiam terbabit setakat ini, sementara motif sebenar kejadian juga belum dapat dipastikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram