BN menang PRN Melaka, Najib desak Tengku Zafrul lulus 'one-off' i-Citra RM10,000 secepat mungkin


RAKYAT desak KWSP supaya bantuan I-Citra secara one-off RM10,000 disegerakan rentetan kemenangan BN di PRN Melaka. — Gambar hiasan/The Star

RAMAI yang terkesan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun yang lalu.

Walaupun ada yang sudah memulakan kehidupan baharu pasca pandemik, masih ada lagi sebenarnya yang tercari-cari rentak kehidupan.

Bantuan yang dihulurkan kerajaan juga nampaknya masih perlu diteruskan terutamanya bagi mereka yang begitu terdesak dengan kehidupan.

Kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu juga menyaksikan harapan rakyat yang kini terletak di bahu parti itu.

Malah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga memuat naik status di akaun Facebook miliknya pada Ahad dengan meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk segera mempercepatkan pengeluaran i-Citra secepat mungkin.

Pesanan Najib itu mendapat reaksi penuh harapan daripada warganet terutamanya yang masih berjuang untuk meneruskan kehidupan seperti sebelum ini.

"Ramai mengharap tu Datuk Seri Najib. Bukan semua orang nak guna duit itu untuk berjalan ke sana sini. Ada juga yang guna untuk kelangsungan hidup. Harap sangat dapat disegerakan," kata Farah Akmar.

"Betul tu DS Najib Razak kami betul-betul memerlukan 10,000 tu lagi-lagi golongan B40 macam saya ni. Dah merata-rata saya mohon kerja, tapi semuanya tak nak ambil. Mereka lebihkan yang sihat tubuh badan dan berumur 30 tahun ke bawah

"Sebab itu perlukan sangat RM10,000 untuk buat modal berniaga kecil-kecilan, untuk terus tampung kehidupan keluarga saya. Dari segi bantuan dari kerajaan memang saya tak dapat, tiap kali nak mohon tak dapat sebab permohonan dah tutup. Ada jugak bila dah mohon tapi tak layak," kata Kal Lie.

netz1

Antara komen yang ditinggalkan warganet di akaun Facebook Najib Razak. — Facebook

"Saya selalu dengar luahan hati pelanggan saya yang gaji bawah RM2,000 untuk harapan pengeluaran sekali gus berbanding sebulan maksimum RM1,000. Sebab ada antaranya ingin modal perniagaan, bayaran hutang, pembayaran kos rawatan, penambah baikkan rumah yang memerlukan duit dalam keadaan segera.

"Kalau RM1,000 sebulan nak tunggu 10 bulan untuk kumpul semua tu dan kebarangkalian penggunaan ke arah lain itu tinggi sebab tak cukup bajet sepanjang bulan menunggu tersebut.

"Jangan dikira yang orang senang itu terpulang kepada masing-masing sebab duit KWSP tu duit sendiri. Suara susah perlu diambil kira dulu. Kasihan sungguh," Kata Cik Ina.

"Moga dipermudahkan dan ALLAH jentik hati para pemimpin fahami keadaan rakyat yang memerlukan. Jangan pandang pukul rawak masalah seseorang tak sama dan fahami kenapa rakyat mendesak keluarkan duit mereka. Mati tak menanti tua. Mungkin ada keperluan yang tertunggak perlu diselesaikan," kata Norhayati Saad.

"Rakyat masih lagi dalam kekangan hidup belenggu masalah kewangan, banyak yang masih mencari kerja dan banyak dibuang kerja. Yang baru nak bermula meniaga mesti ingin mencari modal, kalau kerajaan bantu dari segi pengeluaran ini mungkin rakyat akan dapat tampung keperluan dalam masa terdekat ini, sementara Malaysia memulakan pemulihan ekonomi yg stabil," kata Muhd Riduwan.

Hakikatnya kemenangan BN di PRN Melaka sebenarnya bukanlah simbol sokongan padu kepada parti itu, sebaliknya tanda betapa terdesaknya rakyat kini.

Harapan rakyat kini diletakkan kepada BN selaku parti yang mengetuai kerajaan supaya dapat membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

i-Citra, DSN, Najib Razak, 10K, UMNO, Tengku Zafrul