Puteri Aishah bergelar isteri kepada usahawan, wang hantaran dirahsiakan


  • Hiburan
  • Ahad, 21 Nov 2021

Puteri Aishah tertarik dengan suaminya selepas dua tahun berkenalan. — Gambar CST Production
SELEPAS beberapa kali tertangguh akibat Covid-19, akhirnya pelakon jelita, Puteri Aishah, 27, sah bergelar isteri kepada seorang usahawan, Muhammad Firdaus, 28 dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan yang diadakan di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.15 pagi Sabtu menyaksikan Puteri dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, En. Sulaiman Abd. Rahman.

Pada majlis itu, Puteri menerima mas kahwin RM300 beserta 5 dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala pihak perempuan menyerahkan 7 dulang.

Rekaan busana pernikahan mereka pula direka oleh Rizman Ruzaini namun wang hantaran pula dirahsiakan atas permintaan keluarga.
JRDix75w

Dengan sekali lafaz, Puteri Aishah sah bergelar isteri kepada seorang usahawan. - Gambar CST Production


Puteri memaklumkan yang majlis pernikahannya ini sudah dirancang beberapa kali namun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

"Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.

"Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artist yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya.

Dua tahun mengenali Firdaus, Puteri mengakui tertarik dengan keperibadian suaminya yang sangat mengutamakan keluarga.

Malah, Puteri berkata, suaminya juga memberi sokongan penuh terhadap kerjaya lakonannya dan tidak menghalang untuk dia terus berada dalam industri.

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus mengenakan busana bewarna putih. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram