Keliru lampu brek macam lampu kelip-kelip raya di Perai, Pulau Pinang


  • Tular
  • Sabtu, 20 Nov 2021

PENGGUNAAN lampu brek berkelip-kelip sebenarnya menyalahi peraturan lampu kereta oleh JPJ. — Facebook

LAMPU brek kelip-kelip seperti lampu raya mengundang kekeliruan kepada seorang pemandu di Jalan Baru, Perai, Pulau Pinang.

Perkara itu dikongsi oleh pemilik akaun laman sosial, Facebook, Magnus Lee Heng Leong, di grup You Drive Like An A****le (YDLAA) menerusi hantaran video berdurasi tiga saat.

Magnus menyatakan dalam statusnya bahawa seolah dia bingung dengan keberanian kenderaan di hadapannya yang memasang lampu brek kelip-kelip.

Tulisnya, "Adakah pemandu berkenaan mahu membayar RM2,000?, lokasi di Jalan Baru."

Bagaimanapun, hantaran itu juga menimbulkan persoalan keranan rakaman itu seperti menggunakan efek dalam air.

Di ruangan komen, ramai juga netizen yang keliru dengan lampu brek berkenaan, malah ada yang menyatakan bahawa ia boleh mengelirukan pengguna lain dan mengundang kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, penggunaan lampu brek berkelip-kelip sebenarnya menyalahi peraturan lampu kereta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berkuatkuasa sejak 1 Oktober 2014.

Pihak JPJ mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan bermula 1 Oktober 2014.

Keputusan itu dibuat selepas mendapati ia antara penyumbang kemalangan jalan raya.

Pada masa sama, pengguna yang ingkar dengan peraturan itu akan dikenakan kompaun saman sebanyak RM300.

Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ termasuklah lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram